KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-undang Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024.
Rang Undang-Undang bagi meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Akta 127 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 17 Ahli Dewan Negara mengambil bahagian membahaskannya.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Datuk Seri Huang Tiong Sii semasa sesi penggulungan berkata rang undang-undang ini mengandungi 30 fasal melibatkan 28 seksyen di bawah Akta 127 yang memberi keutamaan kepada hukuman, denda dan penalti melalui pewujudan denda minimum dan maksimum jika disabitkan di bawah akta ini.
"Selain itu, jumlah denda sedia ada akan dinaikkan sehingga RM10 juta khususnya bagi kesalahan yang melibatkan pencemaran air, pelepasan minyak, pelepasan buangan di perairan Malaysia serta perlupusan haram buangan berjadual.
"Kenaikan penalti ini dapat memberi pengajaran kepada penjenayah alam sekitar sekali gus akan menyebabkan mana-mana individu yang ingin melakukan jenayah alam sekitar berfikir dua kali sebelum melakukannya," katanya.
Huang berkata selepas rang undang-undang ini diluluskan, kerajaan mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pelaksanaan dan penguatkuasaannya justeru kementerian akan memastikan keupayaan sumber manusia dan kelengkapan logistik dipertingkatkan terutamanya dari segi keupayaan pasukan siasatan.
"Pada masa ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mempunyai seramai 1,132 pegawai penguat kuasa di seluruh Malaysia dan bilangan ini tidak mencukupi bagi menangani kes pencemaran alam sekitar yang semakin meningkat dan mencabar.
"Justeru, kementerian sedang meneliti keperluan pertambahan perjawatan bagi mewujudkan pejabat cawangan di setiap daerah di seluruh negara," katanya.
Mengenai Rang Undang-undang Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024, Huang berkata Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 (Akta 458) tidak pernah dipinda sejak dikuatkuasakan 1 Mei 1958 bagi melesenkan dan mengawal selia juruukur tanah berlesen dan perkara berkaitan dengannya.
Beliau berkata pindaan akta itu diperlukan memandangkan teknologi dalam bidang ukur geometrik masa kini telah berkembang pesat dan banyak istilah baharu diguna pakai secara 'universal'.
"Pindaan rang undang-undang ini mengandungi 15 fasal dan pindaan dibuat bagi menambah baik dan memperkasa akta sedia ada agar selari dengan peredaran semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Datuk Seri Huang Tiong Sii semasa sesi penggulungan berkata rang undang-undang ini mengandungi 30 fasal melibatkan 28 seksyen di bawah Akta 127 yang memberi keutamaan kepada hukuman, denda dan penalti. - Bernama
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Ulang alik seludup diesel Bukit Kayu Hitam-Bangkok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan tindakan seorang lelaki yang berulang alik Bukit Kayu Hitam-Bangkok untuk menyeludup keluar diesel.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Nancy berkata, ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas. Pihaknya kini merancang untuk memasukkan vaksin itu di Bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP).
DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak
RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini
Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Dewan Negara lulus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Kerajaan perlu sentiasa semak peruntukan sedia ada selari dengan perkembangan teknologi
Kerajaan perlu sentiasa menyemak peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengukuhkan lagi penguatkuasaan demi kedaulatan digital Malaysia supaya ia selari dengan perkembangan teknologi.
Kajian semula struktur percukaian, sara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai langkah-langkah mengkaji semula struktur percukaian semasa akan dibangkitkan Muhammad Ismi Mat Taib pada sesi soal jawab.
Parlimen: Dua RUU di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama
Amir Hamzah Azizan ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.
Pelan akses jalur lebar, barangan subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai akses jalur lebar diutarakan Edwin Anak Banta (GPS-Selangau) kepada Menteri Komunikasi pada sesi soal jawab.
Dewan Rakyat lulus RUU Polis (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2024
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.